Saturday, 11 August 2012

Terima Aku Seadanya - H.A.C.K.S

lama tak update blog , 




Tak payah nak rasa pelik sangat kalau lelaki ada blog , blog ni tempat no 3 manusia luahkan/ceritakan masalah selain daripada luahkan pada ALLAH , keluarga , dan kawan .. aku suka bercerita , suka  berkawan , sama macam manusia lain , sometime kalau akau ada masalah yang aku  tak dapat luahkan perasaan aku dekat kawan aku , aku luahkan kat blog aku ni ,  banyak benda yang aku nak story , maklumlah dah agak lama kot tak update ..


Dengan lafaz BISMILLAH aku mulakan story aku ...ALLAHMDULILLAH , dengan syukur nikmat yang telah Allah berikan pada aku , aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menghirup udara dan kenikmatan yang telah aku kecapi selama ini , hari demi hari , masa berlalu , kehidupan pon harus diteruskan , walaupun kadang tak semua benda kita harap tercapai , tapi kene teruskan jugak , DUNIA NI UMPAMA PENTAS , KITA SEBAGAI MANUSIA PULA WATAKNYA :) , hari demi hari , masa berlalu , dan pengalaman pon bermacam macam aku dapat , sebab PENGALAMAN MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN SEBENAR , tapi dengan usia kita sekarang , mampu ke kita harungi semua itu ?? tepuk dada tanya selera .. 



ABOUT LOVE <3

hari ini aku sedar , bahawa janji itu juga sebahagiaan daripada kata kata ,
dapat diubah , boleh jugak untuk dilupakan , memberi janji memang mudah untuk dilupakan , TAPI menrima janji sampai mati diingati , ada waktunya janji juga menjerut hati sendiri , semata mata untuk orang yang kita cintai ... yap , aku sedar , ungkapan JANJI tu memang mudah kita keluarkan , tapi adakah korang tahu betapa nak tunaikan janji tu bukan mudah , sometime kita akan tinggal janji pada seseorang seolah olah macam tiada apa apa , so , JANGAN BERJANJI KALAU RASA TIDAK BOLEH DITEPATI !!!
about love aku tak nak komen banyak sangat , ada jodoh ada la , kita sayang dia sekuat mana pon kalau dia bukan jodoh kita , kita kene redha juga kan :( , memang perit kene tinggal series memang perit , tapi nak wat macam mana kan , dah asam garam kehidupan , tapi kene ingat la , falsafah aku mengatakan

jangan permainkan hati dan perasaan insan lain KERANA hidup kita seperti roda , tidak semestinya kita berada di atas , jika kita permainkan hati insan lain , suatu masa kita juga akan dipermainkan , setiap apa kita lakukan SETENTUNYA pasti ada balasanyA

Ok guys , story sampai disini , thanks yang sudi membaca , ada time kita jumpa lagi

 Selamat menyambut Bulan ROMADHAN AL MUBARAK , dan Selamat Hari Raya 



                                                                                                                                  SAM EXRON


Tuesday, 14 February 2012

kisah suka duka tahun 2011

Assalamualaikum

lama jugak tak update blog ni , sory tinggalkan kau lama sangat , aku busy , berhabuk sudah kau sekarang kan :) , tak apa aku datang ni pon nak kemas kini kau blog .. sejak dua menjak tiga menjak ni , macam macam cerita aku alami ... yang ngeri ada ,sedih ada ,gembira ada ,dah macam rojak cerita aku ni kalau nak di ceritakan sebenarnya .. 



1-EXCIDENT MOTO

- Owhhh tidakkk !!!! my egos s sudah rosak , time tu aku otw nak ke kolej area jam 1p.m , dengan cuaca yang agak panas , matahari betul betul terpacak atas kepala time tu , aku melanggar belakang kereta jenis persona colour biru atas kesalahan pemandu tersebut , die nak elak kereta depan punya pasal ,die masuk line kanan secara tak tau la sengaja or tak tanpa melihat side mirror ,aku tau la moto aku kecik, tapi nyawa aku ni tak kecik tak besar la brader , time slow tlak dengan die , die boleh bantai cakap 
" saya lebih rela mengelak langgar kereta depan daripada die langgar aku sebab bajed "
siot punye orang ,nasib baik die ganti , RM 700 jugak la dia habis kat moto aku,padan muka , lain kali jangan fikir orang yang bawak moto ni ada 2 nyawa k .. jangan buat lagi tau , nanti mak marah :)



2-KENE SAMUN

- Seumur hidup aku , ni la pengalaman hitam yang akau tak dapat lupakan ,aku kene samun kat area Damansara kayu ara , aku di kepung oleh sekumpulan mat remit dlaam lingkungan 50 biji moto 125ZR dengan bersenjata kan samurai , kayu golf ,parang ,and macam macam lagi peralatan dorang , motif diorang nak barang je , nak fone and nak duit , tu jela , maklumla tak kerja ,duit aku and fone aku memang untuk diorang pon .. HAHAHAHAH .. maybe diorang lupa , HUKUM KARMA itu pasti akan terjadi , maybe if tak terjadi kat diorang , akan terjadi kat family diorang , hope diorang bertaubat sebelum terlambat ..

3-BERHENTI BELAJAR

- Hmmmm , sedih terpaksa berhenti belajar sebab masalah kewangan , aku terpaksa menambah lagi 3 sem yang harus di bayar sendiri yang tidak akan di tanggung oleh PTPTN , 1 sem 4 ribu , 4 sem 12 ribu .. mana nak cari duit sebanyak tu bhai , Aku anak 1st , aku sedar yang akau bukan keluarga berada , sebagai abang , aku harus meringankan beban keluarga aku , bukan menambah kan lagi beban , aku buat keputusan untuk berhenti ,walaupon ayah aku mengatakan die mahu membayarnya tetapi aku tahu ayah aku berkata begitu ada sebabnya ,tak apa la,mak aku cakap ,REZEKI TAK SEMESTINYA ADA PADA DIPLOMA ,tanpa diploma pon kita mampu berjaya,asalkan ada USAHA GIGIH , dan BERDOA kepada ALLAH . rezeki terletak di tangannya .. :)


Nak cerita panjang takut korang pulak bosan , sampai sini jela dulu k ..
nanti aku post lagi . Sori if ada salah taip or what ever , maklumla manusia kan tak pernah tak penah buat silap , betul tak .. Assalamualaikum