lama tak update blog ,
Tak payah nak rasa pelik sangat kalau lelaki ada blog , blog ni tempat no 3 manusia luahkan/ceritakan masalah selain daripada luahkan pada ALLAH , keluarga , dan kawan .. aku suka bercerita , suka berkawan , sama macam manusia lain , sometime kalau akau ada masalah yang aku tak dapat luahkan perasaan aku dekat kawan aku , aku luahkan kat blog aku ni , banyak benda yang aku nak story , maklumlah dah agak lama kot tak update ..
Dengan lafaz BISMILLAH aku mulakan story aku ...ALLAHMDULILLAH , dengan syukur nikmat yang telah Allah berikan pada aku , aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menghirup udara dan kenikmatan yang telah aku kecapi selama ini , hari demi hari , masa berlalu , kehidupan pon harus diteruskan , walaupun kadang tak semua benda kita harap tercapai , tapi kene teruskan jugak , DUNIA NI UMPAMA PENTAS , KITA SEBAGAI MANUSIA PULA WATAKNYA :) , hari demi hari , masa berlalu , dan pengalaman pon bermacam macam aku dapat , sebab PENGALAMAN MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN SEBENAR , tapi dengan usia kita sekarang , mampu ke kita harungi semua itu ?? tepuk dada tanya selera ..
ABOUT LOVE <3
hari ini aku sedar , bahawa janji itu juga sebahagiaan daripada kata kata ,
dapat diubah , boleh jugak untuk dilupakan , memberi janji memang mudah untuk dilupakan , TAPI menrima janji sampai mati diingati , ada waktunya janji juga menjerut hati sendiri , semata mata untuk orang yang kita cintai ... yap , aku sedar , ungkapan JANJI tu memang mudah kita keluarkan , tapi adakah korang tahu betapa nak tunaikan janji tu bukan mudah , sometime kita akan tinggal janji pada seseorang seolah olah macam tiada apa apa , so , JANGAN BERJANJI KALAU RASA TIDAK BOLEH DITEPATI !!!
about love aku tak nak komen banyak sangat , ada jodoh ada la , kita sayang dia sekuat mana pon kalau dia bukan jodoh kita , kita kene redha juga kan :( , memang perit kene tinggal series memang perit , tapi nak wat macam mana kan , dah asam garam kehidupan , tapi kene ingat la , falsafah aku mengatakan
jangan permainkan hati dan perasaan insan lain KERANA hidup kita seperti roda , tidak semestinya kita berada di atas , jika kita permainkan hati insan lain , suatu masa kita juga akan dipermainkan , setiap apa kita lakukan SETENTUNYA pasti ada balasanyA
Ok guys , story sampai disini , thanks yang sudi membaca , ada time kita jumpa lagi
Selamat menyambut Bulan ROMADHAN AL MUBARAK , dan Selamat Hari Raya
SAM EXRON